Tuesday, 10 June 2014

Komunikasi dengan anak-anak




Video serta penerangan yang bagus tentang Komunikasi dengan Anak-anak. From page Dr. Meet: Afzan Maria - The Early Childhood Practitioner

Dalam era yang penuh teknologi ini, kita mudah terlepas pandang, betapa pentingnya komunikasi dengan anak-anak. Ya, dunia sekarang ini semuanya mahu cepat...


Apabila semuanya dalam keadaan tergesa-gesa, seringkali kita terlupa untuk luangkan masa berborak-borak dengan anak-anak... mereka tidak dapat attention dari anda... jadi semuanya tersimpan...

Walaupun kadang-kadang, mereka ini tidak tahu meluahkan perasaan mereka, siapa lagi yang boleh bantu mereka, jika tidak kita yang dewasa ini.
Kalaulah anak-anak boleh meluahkan perasaan mereka sepertimana Andrew dalam video ini, memang amazing kan?

Tapi masalahnya, tidak semua anak-anak boleh seperti ini.. Oleh sebab inilah wujudnya Play Therapy yang dapat membantu kanak-kanak meluahkan perasaan mereka. Kadang2, kita tidak boleh terus baca apa yang berlaku, tetapi menerusi beberapa sesi, barulah boleh memahami apa yang terbuku dalam hati anak-anak ini...

Jangan lupa ya parents, anak-anak ini ada trauma mereka, ada permasalahan mereka... mereka perlukan anda untuk LISTEN!

Jika ada peluang, insyaALLAH boleh jumpa saya di centre kami nanti, yang akan kami announcekan tidak lama lagi... insyaALLAH, boleh kita adakan Play Therapy ini.

No comments:

Post a Comment